Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Khamis, 28 Mei 2009

Selamat Kembali...

Dah lama giler tak update blog aku, bukan apa lepas balik dari ESQ hari tu rasa macam aku ni busy plak, buat2 busy pun ya. Where should i start ya... hmmm last week kawan aku si Khairuddin Haji Abdullah (nama penuh gitu) balik bercuti sekejap ke Malaysia ni. Yalah org kerja consulat kat India lah katakan...


Yg pakai topi tu Khairuddin and yang pakai tudung tu Zuraihah

Dia cuti 2 minggu and most of the time to of course dia nak spend dgn family dialah kan. Aku and Zuraihah Rahmat (padan muka ko Zue) sempat gak ambil cuti satu hari to meet up with him. So kita orang breakfast kat umah aku. Breakfast yg dah nak hampir lunch sebenarnya. As usual aku lah chef yg bertugas pada pagi tu and segala bagai nak kena buat.



Aku masak yg simple2 jer English Breakfast utk kengkawan aku especially Zue yg mmg terkenal dengan kegagahan dia di meja makan. Sempat lagi kita org berposing sakan semasa breakfast tu. Biasalah sekali sekala jumpa.



Yang bestnya hari tu untuk memenuhkan agenda kita orang semua nak uruskan urusan Seri Paduka Baginda EPF, Setia Eco and Inspection rumah Zue... Semuanya berjaya kami selesaikan dengan penuh bergaya. Si Din ni beli rumah kat Setia Eco... one of Malaysia Best Awarded residential project for 3 consecutive years. Aku mengidam gak nak beli umah kat sini tetapi memandangkan aku dah pun terbeli rumah sekarang ni jadi terpaksalah aku lupakan sementara hajat aku... ala2 pelamin angan ku musnah gitu kan...


Apa mendeklamasikan sajak? aku tengah menguraikan kusut segamat(masai)kat fibre optic yg dia org gantung tu....


Zue bergaya suci...


Aksi 3 some kita orang hua hua hua

Lepas tu pi EPF plak sbb aku nak withdraw duit utk bayar monthly payment rumah aku. So duit yg ada dan tak tau nak buat apa ni bolelah aku gunakan untuk buat something something kat ceiling rumah aku yg tak seberapa tu. Kontraktor dah datang cuma belum dapat quotation jer... jangan dia charge mahal2 sangat sudah... harus aku kerja part time bersihkan Jalan Susur (sambil drag)...


Zue masih mengekalkan tudungnya walaupun masa tu dia terpaksa temankan aku kat Jalan Susur

Settle inspect rumah Zue kita orang gi makan kat Cafe-Cafe Taman Perling, first time makan kat situ... best gak... sempat gak si Din ni kenalkan dgn kawan dia anak tauke beras Taj Mahal kat kita org. Dia ni berbangsa India and kaya yang amat amat. Yang bestnya dia org ni very low profile and siap offer aku and Zue kalau gi India nnt boleh stay apartment dia. Sesudahnya lunch kita org yg dah pukul 4 tu dia yg belanja. Kalau aku tau aku makan sirloin steak mahal sikit...rugi rugi...


Aku nyer ayam


Lazatnya (lasagnea apabila di orang putihkan) ni Din yang makan


Lamb Chop Zue yang makan... perghh 3 ketol besar tu dia makan sorang... sikit pun x kasi aku rasa...

Settle semua apa lagi kita org gerak ke kedai lampu di Tampoi... as usual aku dan Zue tak sabar aku nak tengok Mr. Cecacing (nama gelaran utk candelier yg aku and Zue beli)... cantik giler tu... Apa harga dia berapa RM??? ada duit ker nak tanya tanya I ni... harga dia not bad tp kalau normal price RM2500++ tp dengan berkat kesabaran dah kekukuhan iman aku tawar menawar aku berjaya mendapatkan satu titik harga yg sangat luar biasa.

Semalam anak aku Si Orange kena belasah dgn kucing kampung... sian kaki dia berdarah.. biasalah species persian ni bukan reti bergaduh... nanti aku ajar dia taekwando smpi dapat tali pinggang PINK biar padan muka kucing2 hodoh itu (sorry sedikit emosi disini). Aku ada pertambahan 2 lagi anak sekarang ni Mr. Jinggo and Mr. Frodo... dia org ni ikan laga yg aku letak kat tempayan Cina yg aku letak bunga teratai kat car porch rumah aku. Ini dinamakan bio control untuk elakan jentik2 dalam tempayan yg akan bertukar menjadi nyamuk dan seterusnya mengigit aku (perlu ke nak citer).


Walaupun PINK tetap brand Guess ok... sorry kucing i tak pakai barang2 biasa2 ni...

Semalam aku hangin satu badan dgn MBSB Kluang ada ker aku minta account statement aku punyalah susah dia org nak kasi. Banyak kali aku call tak dapat2 juga... alasan printer rosak, lepas tu fax machine rosak, suruh email alasan scanner rosak... menyirap bandung + cincau aku dibuatnya terus aku call Service Manager dia complaint sampai aku cakap "kalau semuanya rosak apa ajer yang betul kat sana"... manager dia plak ok kata nak terus print and fax sampai larr ni x fax2 statement aku.

Takpa esok aku tak kerja aku gi Kluang aku carut satu persatu manusia2 sengal kat sana. Buat menghabiskan duit EPF kita jer bayar gaji dia orang. MBSB ni anak syarikat EPF kalau korang nak tahu. Pelik betul aku manusia2 macam ni masih boleh hidup melata dan bekerja dibumi yg fana ini... k lah tengah menyirap lagi ni sebelum korang sekali aku carut... chow chin chow