Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Selasa, 31 Mac 2009

Buah Mata Kucing - boleh gitew tajuk macam ni


Penatnya rasa badan ni, balik kerja semalam lepas cuci motor aku terus tolong jiran aku buang dahan2 pokok mata kucing yg dia tebang. Bukan apa dah dia kasi aku satu mangkuk buah tu takan aku nak lengang kangkong masuk rumah tak tolong dia buang dahan2 yg dia potong, lagi satu buat menyemak plak depan umah aku nanti.

Aku ni kira bernasib baiklah walaupun jiran kiri kanan aku berbangsa Cina aku tak adalah having problem sebab dah mmg perangai aku tak kira apa bangsa semua aku layan (macam ayat bohsia gitu) janji jiran aku tak kecoh and mengepoh jadi ahli mesyuarat pagar sudah.

Nak keluar tajuk sikit, Apa korang tak suka? Hello! ini I punya blog ok!!! kalau U tak suka, U ingat I kisah...

Aku happy sangat last Saturday masa kempen Earth Hour hari tu orang kampung aku pun terlibat tutup semua lampu rumah dia orang, bangga plak aku bila tengok orang2 kampung yg begitu supportive dan mempunyai kesedaran sivik... he he HIDUP ORG KAMPUNG! HIDUP ORANG KAMPUNG! Daulat Tuanku ehhh!! sorry terlebih sudah...


Tanhniah kepada yang menyertai kempen ni. Yang buat bodoh atau memang bodoh tu... aku sumpah bil elektrik korang bulan ni RM10,000 ha ha ha padan muka...

Lepas mandi aku terus menjalankan kerja2 buruh kasar aku. Mengecat besi pagar tangga kat dlm umah aku. Aku ni bukanlah kaya sangat smpi nak upah org lain cat kan, duit simpanan pun cukuplah setakat untuk bawa orang kampung aku bercuti ke London, Paris dan Nepal he he..


London, pernah pergi tak? Tak pernah huhhh ingatkan dah pernah pergi. So x payah lah aku citer panjang pasal London ni sebabnya bukan korang tahupun. Lagipun aku pun x pernah pergi he he


Paris, Silap lagi ni Paris Hilton.. bukan apa just nak beritahu korang dia ni ex GF aku yg kedua selepas Gisele. Aku terpaksa dumb dia sbb masalah disiplin...


Ni baru betul Paris, kalau korang nak tahu kat sinilah job overseas pertama aku sbg model he he... Competition memang giler tp orang kata when you are born as supermodel you will remain being one ha ha


Nepal, nape senyum? Korang jangan berlagak sangat... jangan pandang rendah org2 Nepal kat Mesia ni. At least dia org dapat gak smpi Malaysia. Korang pernah sampai Nepal? Tak pernah kan...

Terima kasih kepada Asraf Catering kerana menyediakan mee goreng untuk santapan aku. Walaupun mee goreng itu penuh dengan bahan asas iaitu mee, telur dan sedikit sayur sawi aku still makan dengan lahapnya. Dahlah lapar makan free plak tu... Sambil mengecat tu aku didendangkan dengan lagu2 dari Soundtrack PGL The Musical. Terima kasih kepada Azham Collection (aku punya ok) apa korang ingat semua sponsor ker?



Dah bosan dengan soundtrack PGL aku tukar plak CD soundtrack dari World of Disney courtesy of my fren En. Khairuddin Kudis ehh! salah Kadis (ampun Khair) saje jer salah taip ha ha... Lagu favourite aku dlm CD Disney ni sebenarnya lagu citer kartun Lion King best giler sebab very the African feeling gitu... Hah mesti ada yg cakap sebab kulit aku gelap kan?


Ni baru black okayyy...

Hello! kulit I ni tan ok T. A. N. understand not black... Who ever think BLACK is the new TAN is totally disturb. Macam citer Legally Black (Blonde sebenarnya). Seperti kata anak sedara aku Qhairunisha "I am white you are black" (bila org ckp kulit dia gelap) She is just 5 years old. Dalam adik beradik dia, dia agak gelap sikit berbanding yg lain. I think she is genuis... dah boleh bercakap dlm bahasa Org Putih (English mate, English) and separuh Yassin dia dah hafal...


This is what I call TAN, hmm seleranya aku... ngap ngap ngap

Nanti petang aku sambung lagi cat dinding plak... it is going to be GREY ha ha

Isnin, 30 Mac 2009

What's up...

Semoga terhibur...


Sawa de kapp, pe khabar? Last Saturday aku temankan kawan aku Zue gi shopping for sofas and chairs untuk umah dia. Actually dia nak tempah kat tempat yg sama macam mana aku tempah set kat rumah aku. Sekarang ni aku dah jadi mcm part time interior designer / consultant utk umah2 kengkawan aku.




Ni some of my house photo.

Ada masa nanti aku add lagi ya...

Kalau tempah direct kat kilang lagi bagus and murah. Some more kilang yg aku tempah ni mmg workmanship dia bagus and harganya memang murah giler. Bayangkan klu korang beli kat kedai untuk satu set yang belum tentu cantik and berkualiti harga nya RM5000kat tempat kita korang tempah ni korang boleh dapat RM3000 jer... Aku pun mcm biasa gak sempat tempah sofa set untuk family hall kat umah aku. Aku tempah warna putih. RM1000 jer... 2 jam gak kita org spent masa sbb nak discuss pasal design yg kita orang nak.

Kalau ikut perancangan aku TV hall ni aku nak cat warna kelabu and barang2 and accessories warna putih he he... mesti cun... Habis tu kita orang gi lunch kat McD, kelam kabut nak kejarkan McValue Meal, gila ko separuh harga. Last2 tak gak beli yg tu, aku try ada satu set yg baru Big and Tasty. Yang lawaknya aku boleh order kat cashier tu BIG and NASTY and terus terpinga pinga cashier tu... he he sekali silap dah. Tulah asyik mencarut jer...

Habis lunch terus kerumah si Zue ni nak tgk mcm mana dalam umah dia, bln 5 baru boleh masuk. Cun gak umah dia, kalau dah umah mahal mcm tu tak cun baik duduk dalam kontena jer. Ramai plak company yg buat renovation dtng promote service dia orang. Selesai kat situ kita orang terus gi kedai lampu.

Perghh ada satu kedai ni baru lagi and chandelier dia orang mmg cun2... masalahnya yg aku minat warna aku suka plak x ada. Hmmm last2 si Zue ada perasan satu chandelier and dia kata dia suka, bila aku tgk mcm aku x suka sbb kecil. Alang2 nak beli biar sampai jiran sebelah meleleh air mata tengok. Korang bayangkan jerlah yg kecil jer dah RM2500 inikan plak yg besar.

Bila aku tgk yg besar cun rupanya... terus aku tersuka plak... aku panggil chandelier ni cacing sebab dia unik and cun. Tak pasal2 aku terpedaya and confirmkan dgn sales girl tu nak beli. Aku racun si Zue ni supaya beli gak yg sama jadi dapat harga baik punyer.

Apalah nak jadi dengan aku ni asyik menghabiskan duit jer. Masuk sikit keluar nya banyak. Petang tu aku blk umah mak aku sebab esoknya ada kenduri arwah father aku yg ke 20 hari. Masa smpi rumah anak sedara aku tunjuk dengan aku satu a kind like homework pasal story of his life. Sedih plak bila aku baca dia tulis pasal arwah my dad. Really touching, my nephew ni very close dgn my father and I think bila my dad dah tak ada dia rasa lost. Tajuk story dia HARI YG PALING BERSEJARAH DALAM HIDUP DIA...

Kat dlm tu dia ada gak tulis pasal aku sbb dia kata dia nak jadikan aku idol dia... Hmm Idol? Tetiba aku rasa mcm nak naik stage and perform... Tp tu American Idol... Terharu siott tp kalau dia tahu uncle dia ni mmg hantu raya masak aku, confirm aku terus terkeluar sbb tak ada orang vote giteww. Nephew aku ni bagus sbb dia rajin baca surah Yassin untuk father aku, sekarang ni weekend bila semua org ada kat umah mak aku kita org akan sembahyang jemaah sebab itu pesan my dad pada my mom. Sedihnya sbb dah x dpt jumpa my dad lagi, hope my mom akan bertambah kuat utk face her day without my dad. May Allah bless his soul...

Jumaat, 27 Mac 2009

Abang Bomba

Nee Noo Nee Noo Nee Noo (bunyi siren bomba)


Gambar ni pasukan bomba dulu2.. sekarang ni pakai gajah jer sembur air

He he mesti ramai yang teruja bila aku nak citer pasal abang bombakan? Or maybe ada yang ingat aku ni tengah scandal dengan abang bomba atau kedua2 nya sekali. Tettttttt Jawapanya SALAH. Sebenarnya aku pun tak teruja sangat nak jadi bomba walapun dulu masa kecil and tongong lagi bila cikgu tanya aku pakai bantai jer cita2 nak janji bomba, polis dan tentera.

Tapi yang peliknya aku tak pernah pun mentioned cita2 aku nak jadi cikgu, kesian cikgu aku mesti kecil hati sebab anak murid dia macam aku... anyway nak diapakan suka hati akulah nak jadi apa. Nak jadi lawyer ker, magistrate ker and bla bla bla ker... APA? Pekerja opis? Pantang datuk nenek aku kalau keturunan aku kahwin dengan pekerja opis... Tapi kalau CEO or Company Director oklah tewww...

Story aku yang sebenarnya semalam aku ni kena attend jadi Floor Fire Warden kat company aku... ada a few guyslah dalam belas2 orang kot representing their department. Dia orang suruh pakai treksuit utk ke trainig tu. And as usual aku memang jangan haraplah aku nak pakai2 pakaian biasa2 yg ditetapkan lagipun giler apa nak pakai treksuit... bikini oklah.

Aku pakai jeans n polo t-shirt and of course with my sunglasses (don't leave home without it) al-maklumlah cicit pertama Audrey Hepburn... he he.


Moyang kesayangan aku...


Gambar aku (photo shoot minggu lepas)

Betul tak aku cakap muka aku saling tak tumpah macam muka dia... tulah korang tak percaya... Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai...

Training supposed to start pukul 9 tapi memandangkan janji Melayu training start pukul 9:30 dengan venue yg bertukar ketempat lain. Semua ini mengundang kemurkaan aku sehingga aku hampir bertempik berguling2 diatas pandang untuk menunjukkan rasa marah dan protes aku (issh terover emo plak).

Macam2 teknik menyelamatkan mangsa kebakaran kita orang belajar. CPR pun ada (part ni yang best). Bila part CPR jer semua org macam teruja nak menunjukan skill masing bertapa hensem dan mahirnya dia org bercium mulut dengan patung tu... Hmm dengan angkuhnya aku berciuman tanpa nafsu. Giler apa nak bernafsu dgn patung separuh badan...mesti ada yang teruja nak memasang angan2 untuk berbuat yg sama balik rumah diaorang...



Tapi ingat semua, as long as korang tak bayangkan muka aku masa bersenggama tu kira oklah... kalau korang bayang kan muka aku juga bermaksud ada sesuatu yg tidak kena dengan korang he he...


Korang jgn buat mcm ni plak kat patung apatah lagi mangsa sebenar. Tak pasal2 org tu dapat post mortem free dr doktor x bertauliah macam korang.

Habis semua soalan aku tanya biar padan muka trainer tu menjawab... biar lebam muka dia memikirkan...

Habis training kita orang lepak minum jap kat area seamen club... first time aku order air kopi o ais kat kedai... Aku ni bukan lah penagih coffee or nescafe macam sesetengah kawan aku. Sampaikan kencing pun bau nescafe ha ha...

Boleh ker aku nak selamatkan orang nanti??? Satu tanggungjawab besar gak ni... bukan apa kalau yg nak diselamatkan tu besar umpama badak air betina mengandung macam mana...



haruskah aku membiarkan dia terbakar sedikit agar lemak2 tepu diaorang mencair supaya ringan sedikit atau aku campakan sahaja diaorang dari tingkat atas dengan kepala dahulu... confirm hantu dia orang cari aku kat rumah...


Isshh seram gak kalau hantu korang yg datang macam ni. Tapi kalau yang datang mcm muka Gisele Bunchen or paling cikai Cindy Crawford aku ok jer... harus mengandung terus hantu tu aku kerjakan.


Ex-GF aku yang terpaksa aku tinggalkan demi ke menara gading

Kepada korang semua teknik CPR ni penting sebenarnya utk selamatkan nyawa orang lain terutamanya keluarga kita sendiri. Moral of the story don't drink while you kencing... tak seswaiii gitewww...

Rabu, 25 Mac 2009

Gaji Lagi...

Hari ni 25hb and usual it is a pay day. Gaji babe gaji... Alhamdulillah dapat gaji lagi walaupun duit yang ada tak tahu nak dibuat apa he he (upss tertakabur plak). Dapat gaji first thing yang aku kena buat macam biasalah bayar hutang... meh sini aku senaraikan hutang piutang aku yang wajib di bayar:-


Banyak tak duit aku ha ha ha (ketawa orang kaya yg jahat)

1. Duit installment rumah (ni yang paling besar dlm budget bulanan)
2. Bil elektrik
3. Bil air
4. Bil Astro

Lain2 bayaran
1. Elaun mak aku
2. Prepaid
3. Makanan kucing aku
4. Makanan pokok aku (bajalah dol)

Sikit balik duit aku hmmm nasiblah nasib

and macam2 lagi perbelanjaan yang memang biasanya diluar jangkaan. Tambah2 plak aku ni gila shopping. Nasib baik aku bukan anak Billionaire kalau tak dah lama aku buat rumah dalam Pavillion takpun Suria KLCC he he..

Semalam balik kerja gi pasar malam beli makanan and singgah hardware shop. Kawan aku kat gym kerja kat sini. Choy(bukan nama sebenar) dia ni Melayu bukan Cinalah. Maybe sbb boss dia Cina tu yg nama dia jadi nama Cina boleh gitu.


Kakak2 ni mesti perasan supermodel kan ada orang snap pics dia...

Aku beli cat, berus cat, roller, screw and tape... rancangan nya nak cat besi naik tangga kat umah aku, frame gambar and muka aku kasi putih sikit he he... Aku plan nak cat TV area aku warna grey... malangnya warna grey yang aku nak tak ada so kena tempah. Pagi ni auntie kedai dah call confirmkan dengan aku pasal cat tu. Balik nanti baru ambil.


Malam tadi aku sempat lagi menebuk lubang (lucah tak??) tebuk dindinglah bukan lubang orang. Korang ni mesti dah membayangkan aku beraksi manjakan. Aku berjaya menyettelkan shelf kaca and cermin kat dalam toilet aku and toilet guest kat bawah.

Sempat gak gantung jam yg aku beli kat Ikea... simple jer jam ni...macam tuanya. Berpeluh celah bedah aku dengan Ashraf semalam beraksi angkat mengangkat aquarium yang aku beli 2 minggu lepas. Test punya test aku rasa tak sesuailah nak letak kat dlm rumah besar giler. So aku rasa letak kat luar jerlah...

CUTE THINGS

Received an email from a friends of mine Ammy... here are attachment of all the pics sent to me... isn't it cute and great. How I wish we have it here in Malaysia.


Girls you've got to love this


Never thought of this... I think I should have some of of this at home


I feels like ET he he


I love this one very much


Please don't crush me honey..


Make sure you have at least a goblet or wine glass at home before you wish to have this. Not applicable for tea/coffee cup ya..


Its feel like some one watching you doing pu pu


I am not a book worm but it is a great and adorable invention


I love this one the most he he

What do you think?

Selasa, 24 Mac 2009

PGL The Musical

Just nak share dengan korang trip aku n kawan2 untuk menonton theather PGL the Musical on 21st Feb hari tu. Rombongan kita orang ada 7 orang. 6 dewasa dan 1 kanak2. Budak kecil ni si Mia nama dia anak kawan aku Ammy and orang rumah dia Puasa a.k.a Ramadhan. Yang lain Ida, Farrah a.k.a Mummy and Shahrul (ehem ehem)Ida jangan senyum...


Subang Airport Terminal 3

Kita orang bertolak hari Sabtu pagi flight pukul 8:15 dari JB, first time naik Fireflyz. Pada pandangan aku airline ni lebih baik dari AirAsam salah lagi AirAsia. Naik Fireflyz ni tak payah berebut sbb masing2 ada seat number and ada makan n minum free.

Bagi orang yang meletops (naik lift sikit) dan pandai mengayat mcm aku memang dapat makan and minum free banyak lah. Ada ker Pramugari yg aku ayat tu dia kata style aku macam Jason Mraz. Sebenarnya Jason tu yg sama mcm aku bukan aku yg sama macam dia...

Kita org dah book TuneHotel and apa lagi ambil sampai ambil cab terus kesana. First time gak stay kat hotel ni and pada kengkawan or sesapa yg nak cari hotel budget tak payah stay hotel ni sebab tak gak murah... banyak kos terlindung yg korang tak tahu... antaranya additional charges for:

1. Korang kena bayar untuk towel and toiletries
2. Aircond pun korang kena bayar separate
3. Nak pakai ion baju kena bayar gak
4. Simpan luggage kena bayar

Hotel ni x ada TV, bilik kecil dan sempit... and to make things worst dia orang tak boleh bertolak ansur dgn customer. Check in mesti pukul 2 petang and check out pukul 10 pagi...

Pekerja dia plak hampeh berlagak macam kerja kat Hotel Palace of The Golden Horses or Mandarin Oriental or JW Marriot or Ritz Carlton plak... dah lah tak cun hmm samalah dengan pramugari kat AirAsam tu hampeh...

Lagi satu bilik dia orang ni ada lipas boleh gitu... mampuslah blog aku ni kena carut dengan orang AirAsam and lari TuneHotel... memang sekali jerlah kita orang stay kat situ.

Lepas check in kita orang apa lagi keluar lunch and shoppinglah. Lunch kat PapaRich and shopping BB Plaza and Pavillion KL. BB Plaza just nak cari shall sebab takut mlm tu sejuk sian plak kawan2 aku yg pakai pakaian tak cukup kain he he


Kat Station Monorail

Habis tu terus gi Pavillion and sempatlah aku gi Zara and beli beberapa helai baju. 1untuk aku, 1 untuk Ammy (birthday dia tp aku kasi lmbt sikit. Ampun ya Ammy) lagi satu untuk kawan aku si Tahrul. Dia ni banyak tolong family aku so kira token of appreciationlah untuk dia.


Gemuk tak kawan aku sorang ni.. Upss terlucah plak...

Balik hotel siap2 and ambil cab ke Istana Budaya. Ni actually 2nd time aku tgk PGL the M ni 1st season dulu aku tgk gak. Ramai betul orang yg gi tengok termasuklah VVIP (alah minta tiket free) and yg tak VIP sangat mcm aku ha ha...

Performance malam tu memang wow tak boleh nak gambarkan dengan kata2 or lukis (sbb aku x pandai lukis). Memang puas hati dari susunan music, plot cerita, costume and props dia semuanya meletops... Orang kata tak sesia berhabisan ratusan RM kalau show macam ni 10 kali pun boleh gi...




Kat Istana Budaya

Korang tataplah gambar2 yg kita orang snap masa PGL hari tu ya.. yg tak pernah gi tu padan muka ha ha ha

Lawak Giler

Semalam dapat dua email lawak giler dari kengkawan aku... so aku nak post some of the photo to share dengan korang apa yang aku kata lawak sangat. Kalau korang tak tergelak maksudnya korang nyer urat senyum dah terputus. Setahu aku sebab2 kenapa urat senyum boleh putus adalah:

1. Korang selalu sembelit tahap gaban (terpaksa meneran mengalahkan orang beranak)
2. Pembedahan plastik yg tidak menjadi (x cukup budget ataupun semasa tgh operate doktor korang malas nak buat)
3. Bergaduh dengan suami/bf/isteri/gf/mak mentua atau along (muka korang bengkak sebab kena penampar atau penerajang yang tepat pada urat2 itu)
4. Malam tadi tak dapat berjimak (he he he)
5. Anu korang kena gigit tungau
6. Chagu korang berdarah semula...
7. Macam2 lagi.

Pic


Ni macam anak pingu... kartun penguin yg tak bercakap just orkk ekkk orkk ekkk jer tu tp aku memang suke giler tgk kartun ni.

Kepada kawan2 aku yang hantar citer lawak ni semalam pagi dan telah membuatkan aku rasa macam nak tercerry berry ketawa... terima kasih daun keladi kalau ada korang forwardlah lagi...

Semalam boss aku operation and tak tahu apa cerita dia lepas operation tu sebab blm contact lg takut dia nyer kepala masih weng susah plak. Lain yg aku tanya lain yang di jawab nanti.

Isnin, 23 Mac 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Korang ingat tak lagi dulu2 kat RTM 1 ada slot ni. Tak ingat??? Hmm lantak koranglah sebab aku pun tak ingat... actually hari ni pun bukan aku nak citer pasal sejarah tapi pasal kehidupan akulah.

Last satuday as mentioned before aku bertolak ke KL. Penerbangan kami menaiki pesawat Perodua MYV JLD275. Pilot kami hari tu adalah Capt. Khairuddin Kadis a.k.a. KK dan Co-Pilot kami Hamdan Warno (jawa babe jawa) a.k.a. Mdann.

Pesawat kami delayed 2 jam sebab dock mencuci pesawat pack dengan pesawat toyota, honda, wira dan macam2 lagi. Sepatutnya berlepas pukul 11 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar and we managed to reached KL at around 5++ p.m. so apa lagi aktiviti mencari hotel untuk stay malam tu. Jalan punya jalan and survey punya survey sampai berpeluh celah bedah aku ni. Tulah malas sangat nak buat reservation nak main terjah jer...

Lastly kita orang stay kat Imperial Hotel Bukit Bintang. Harganya not bad gak RM188/nite. Quite a nice hotel, tp one thing yang aku peliklah kat KL ni guest house dia buruk barak giler memalukan. Kalau aku banyak duit confirm aku buka satu guest house baru n interrior dia meletops tp harga affordable. Biar tutup semua guest house kat KL. Pakcik kayoooooooooo....


Sampai2 jer terus aku call kawan aku kat KL ajak di gi IKEA. So dalam pkl 8 mlm kita org sampai IKEA terus jer shopping apa yang patut. Makhluk punyalah ramai x ingat... sempat gak aku menghabiskan RM500 kat situ. Pergh lepas ni makan nasi rendam dengan air suamlah gamaknya.


Balik dari IKEA gi dinner kat PAPA Rich favourite cafe macam Old Town tapi makanan dia 10 kali ganda lebih sedap and tak jual mee babi he he... Habis dinner apa lagi balik bilik mandi, tukar baju n bersiap untuk melakukan aktiviti kupu2 malam aku (ahaks)... Habis senam robik dan lain2 pergerakan yang melemahkan lutut dan sendi2 aku kita orang menyambung plak dengan aktivit kegemaran remaja tak bermoral iaitu melepak.

Dalam pukul 6 baru aku balik hotel tidur. Pukul 10 kena bangun sebab nak gi breakfast, as usual my fav cafe PAPA Rich. Kat JB x ada lagi so buat masa ni orang JB jangan berangan ya, nak rasa gi KL. Lepas tu rushing lagi sekali lagi ke IKEA sbb nak tukar barang and pulang apa yang tersalah beli.

OTW dari IKEA ke Bukit Bintang jamm lagi sebab ada jalan kena block. Ada convoy orang2 kaya yang sengal... bodoh dah tahu jalan kat situ selalu jamm lagi nak lalu kat situ. Sekali aku bom semua orang kaya tu mampus padan muka korang ha ha ha...

Dalam pukul 3 lbh baru sampai area hotel and terus bergerak menghala ke rumah kawan aku kat Tanamera USJ, kawasan orang kaya gak ni sebab apa umah dia jer dah setengah juta RM.. hello bukan rupiah ok. Lepak jap minum2 n chat terus bertolak balik JB dalam pkl 4:30 macam tu.

Sampai rumah dalam pukul 8 mcm tu terus unload barang2. Sempat gak aku keluarkan buah hati aku si Orange, sian dia 2 hari dalam bilik dia tak keluar2. Lepas dapat keluar as usual dia akan cium n main2 dengan kaki aku. Rindu agaknya...


Dah settle unpack and letak barang2 dlm stor aku gi makan jap dengan housemate aku si Ashraf kat rest. mamak Awana makan nasi putih, sup ekor, telur dadar n sambal belacan. Habis terus balik umah salin seluar and tidurlah apa lagi.

Jumaat, 20 Mac 2009

Ke KL lagi....


Esok maybe aku akan ke KL dgn kawan2 aku Khair n Mdann. Si Khair ni katanya ada seminar karate-do kat Gombak. Aku pun tak tau sangat kalau area Gombak ni. Tp si Khair ni ntahlah sekejap ya sekejap tidak. Takut nnt bila dah pergi menginja cucuk bintang esok dia malas plak nak gi seminar tu.


Aku dah lama gak tak gi hu ha cucuk bintang ni, al maklumlah dah tak ada kaki untuk berangkut bersama. Aku ingat nak gi shopping barang2 rumah kat Ikea lah... dah ada rumah sendiri best sikit nak andam, kalau rumah sewa tak pasal2 aku kena carut dengan tuan rumah sebab menyolekan rumah dia dengan segala foundation, eye shadow, lipstick, eye liner dan sebagainya.

Nanti ada kesempatan aku ambil pics umah aku n post kat sini. Tadi si dia ada tel and citer psl brainstorming company dia yg maybe dia buat di Taman Negara, Pahang. So memandangkan aku pernah gi sana jd dia invite aku join dia survey apa yg patut... best gak masuk hutan ni... tenang sikit jiwa aku.

Next week boss aku dah masuk operation theatre sbb dia slip disc. Hmm maybe 2 bulan dia akan rest kat rumah. Gamaknya mmg akulah yg jadi boss ha ha ha... matilah aku semua report aku nak prepare. Ahhhhhhhhhhhhh tension

Khamis, 19 Mac 2009

Sedih ke?



Hari ni aku feeling sikit, bukan apa bergaduh dengan si dia. Sekarang ni aku tengah layan feeling lagu dari Afgan - Terima Kasih Cinta. Mesti korang kata aku jiwang kan? Aku pun manusia juga apa, ada perasaan sedih dan gembira.

Baru aku sedar perit jadi orang ketiga... and I know why most wives choose to be a single mother rather than sharing their husband's with other womens... tapi dalam kes aku ni lelaki tak adalah aku ni jadi isteri atau girlfriend orang lain.

Aku rasa mesti ada diantara korang yang pernah rasa apa yang aku rasa, ataupun masih memendam rasa dihati. Bawah ni bait-bait lirik lagu Terima Kasih Cinta untuk korang baca bukan dengar k.

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Selamat Datang

Sebenarnya sebelum ni aku ada menulis beberapa blog dan semua blog yang aku tulis tak panjang umur baru mengandung beberapa bulan dah keguguran. Doktor kata ini mungkin disebabkan sikap pemalas aku untuk menulis dan kebuzian yang melanda diri ini.

Semalam selepas membaca blog kawan karib ku yang kini berada di negara Taj Mahal aku terpanggil pula untuk menulis blog kembali dan kali ini aku berjanji dengan diri sendiri untuk memastikan aku akan sentiasa kemaskini (update) buku akaun aku... ehh!! salah plak blog aku dengan bersungguh-sungguh.

Bagi mereka yang membaca yang aku sendiri pun mungkin tidak tahu siapa Selamat Datang ke dunia ku yang mistik, penuh dengan cerita-cerita sensasi (kononnya) dan realiti tentang kehidupan aku sendiri.