Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Khamis, 19 Mac 2009

Selamat Datang

Sebenarnya sebelum ni aku ada menulis beberapa blog dan semua blog yang aku tulis tak panjang umur baru mengandung beberapa bulan dah keguguran. Doktor kata ini mungkin disebabkan sikap pemalas aku untuk menulis dan kebuzian yang melanda diri ini.

Semalam selepas membaca blog kawan karib ku yang kini berada di negara Taj Mahal aku terpanggil pula untuk menulis blog kembali dan kali ini aku berjanji dengan diri sendiri untuk memastikan aku akan sentiasa kemaskini (update) buku akaun aku... ehh!! salah plak blog aku dengan bersungguh-sungguh.

Bagi mereka yang membaca yang aku sendiri pun mungkin tidak tahu siapa Selamat Datang ke dunia ku yang mistik, penuh dengan cerita-cerita sensasi (kononnya) dan realiti tentang kehidupan aku sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan