Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Selasa, 31 Mac 2009

Buah Mata Kucing - boleh gitew tajuk macam ni


Penatnya rasa badan ni, balik kerja semalam lepas cuci motor aku terus tolong jiran aku buang dahan2 pokok mata kucing yg dia tebang. Bukan apa dah dia kasi aku satu mangkuk buah tu takan aku nak lengang kangkong masuk rumah tak tolong dia buang dahan2 yg dia potong, lagi satu buat menyemak plak depan umah aku nanti.

Aku ni kira bernasib baiklah walaupun jiran kiri kanan aku berbangsa Cina aku tak adalah having problem sebab dah mmg perangai aku tak kira apa bangsa semua aku layan (macam ayat bohsia gitu) janji jiran aku tak kecoh and mengepoh jadi ahli mesyuarat pagar sudah.

Nak keluar tajuk sikit, Apa korang tak suka? Hello! ini I punya blog ok!!! kalau U tak suka, U ingat I kisah...

Aku happy sangat last Saturday masa kempen Earth Hour hari tu orang kampung aku pun terlibat tutup semua lampu rumah dia orang, bangga plak aku bila tengok orang2 kampung yg begitu supportive dan mempunyai kesedaran sivik... he he HIDUP ORG KAMPUNG! HIDUP ORANG KAMPUNG! Daulat Tuanku ehhh!! sorry terlebih sudah...


Tanhniah kepada yang menyertai kempen ni. Yang buat bodoh atau memang bodoh tu... aku sumpah bil elektrik korang bulan ni RM10,000 ha ha ha padan muka...

Lepas mandi aku terus menjalankan kerja2 buruh kasar aku. Mengecat besi pagar tangga kat dlm umah aku. Aku ni bukanlah kaya sangat smpi nak upah org lain cat kan, duit simpanan pun cukuplah setakat untuk bawa orang kampung aku bercuti ke London, Paris dan Nepal he he..


London, pernah pergi tak? Tak pernah huhhh ingatkan dah pernah pergi. So x payah lah aku citer panjang pasal London ni sebabnya bukan korang tahupun. Lagipun aku pun x pernah pergi he he


Paris, Silap lagi ni Paris Hilton.. bukan apa just nak beritahu korang dia ni ex GF aku yg kedua selepas Gisele. Aku terpaksa dumb dia sbb masalah disiplin...


Ni baru betul Paris, kalau korang nak tahu kat sinilah job overseas pertama aku sbg model he he... Competition memang giler tp orang kata when you are born as supermodel you will remain being one ha ha


Nepal, nape senyum? Korang jangan berlagak sangat... jangan pandang rendah org2 Nepal kat Mesia ni. At least dia org dapat gak smpi Malaysia. Korang pernah sampai Nepal? Tak pernah kan...

Terima kasih kepada Asraf Catering kerana menyediakan mee goreng untuk santapan aku. Walaupun mee goreng itu penuh dengan bahan asas iaitu mee, telur dan sedikit sayur sawi aku still makan dengan lahapnya. Dahlah lapar makan free plak tu... Sambil mengecat tu aku didendangkan dengan lagu2 dari Soundtrack PGL The Musical. Terima kasih kepada Azham Collection (aku punya ok) apa korang ingat semua sponsor ker?



Dah bosan dengan soundtrack PGL aku tukar plak CD soundtrack dari World of Disney courtesy of my fren En. Khairuddin Kudis ehh! salah Kadis (ampun Khair) saje jer salah taip ha ha... Lagu favourite aku dlm CD Disney ni sebenarnya lagu citer kartun Lion King best giler sebab very the African feeling gitu... Hah mesti ada yg cakap sebab kulit aku gelap kan?


Ni baru black okayyy...

Hello! kulit I ni tan ok T. A. N. understand not black... Who ever think BLACK is the new TAN is totally disturb. Macam citer Legally Black (Blonde sebenarnya). Seperti kata anak sedara aku Qhairunisha "I am white you are black" (bila org ckp kulit dia gelap) She is just 5 years old. Dalam adik beradik dia, dia agak gelap sikit berbanding yg lain. I think she is genuis... dah boleh bercakap dlm bahasa Org Putih (English mate, English) and separuh Yassin dia dah hafal...


This is what I call TAN, hmm seleranya aku... ngap ngap ngap

Nanti petang aku sambung lagi cat dinding plak... it is going to be GREY ha ha

1 ulasan:

  1. bukan ke name panggilan di kg adalah PAK TAM..... huhuhuhu.....

    pak tam ... jom g LONDON ....

    BalasPadam