Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Isnin, 23 Mac 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Korang ingat tak lagi dulu2 kat RTM 1 ada slot ni. Tak ingat??? Hmm lantak koranglah sebab aku pun tak ingat... actually hari ni pun bukan aku nak citer pasal sejarah tapi pasal kehidupan akulah.

Last satuday as mentioned before aku bertolak ke KL. Penerbangan kami menaiki pesawat Perodua MYV JLD275. Pilot kami hari tu adalah Capt. Khairuddin Kadis a.k.a. KK dan Co-Pilot kami Hamdan Warno (jawa babe jawa) a.k.a. Mdann.

Pesawat kami delayed 2 jam sebab dock mencuci pesawat pack dengan pesawat toyota, honda, wira dan macam2 lagi. Sepatutnya berlepas pukul 11 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar and we managed to reached KL at around 5++ p.m. so apa lagi aktiviti mencari hotel untuk stay malam tu. Jalan punya jalan and survey punya survey sampai berpeluh celah bedah aku ni. Tulah malas sangat nak buat reservation nak main terjah jer...

Lastly kita orang stay kat Imperial Hotel Bukit Bintang. Harganya not bad gak RM188/nite. Quite a nice hotel, tp one thing yang aku peliklah kat KL ni guest house dia buruk barak giler memalukan. Kalau aku banyak duit confirm aku buka satu guest house baru n interrior dia meletops tp harga affordable. Biar tutup semua guest house kat KL. Pakcik kayoooooooooo....


Sampai2 jer terus aku call kawan aku kat KL ajak di gi IKEA. So dalam pkl 8 mlm kita org sampai IKEA terus jer shopping apa yang patut. Makhluk punyalah ramai x ingat... sempat gak aku menghabiskan RM500 kat situ. Pergh lepas ni makan nasi rendam dengan air suamlah gamaknya.


Balik dari IKEA gi dinner kat PAPA Rich favourite cafe macam Old Town tapi makanan dia 10 kali ganda lebih sedap and tak jual mee babi he he... Habis dinner apa lagi balik bilik mandi, tukar baju n bersiap untuk melakukan aktiviti kupu2 malam aku (ahaks)... Habis senam robik dan lain2 pergerakan yang melemahkan lutut dan sendi2 aku kita orang menyambung plak dengan aktivit kegemaran remaja tak bermoral iaitu melepak.

Dalam pukul 6 baru aku balik hotel tidur. Pukul 10 kena bangun sebab nak gi breakfast, as usual my fav cafe PAPA Rich. Kat JB x ada lagi so buat masa ni orang JB jangan berangan ya, nak rasa gi KL. Lepas tu rushing lagi sekali lagi ke IKEA sbb nak tukar barang and pulang apa yang tersalah beli.

OTW dari IKEA ke Bukit Bintang jamm lagi sebab ada jalan kena block. Ada convoy orang2 kaya yang sengal... bodoh dah tahu jalan kat situ selalu jamm lagi nak lalu kat situ. Sekali aku bom semua orang kaya tu mampus padan muka korang ha ha ha...

Dalam pukul 3 lbh baru sampai area hotel and terus bergerak menghala ke rumah kawan aku kat Tanamera USJ, kawasan orang kaya gak ni sebab apa umah dia jer dah setengah juta RM.. hello bukan rupiah ok. Lepak jap minum2 n chat terus bertolak balik JB dalam pkl 4:30 macam tu.

Sampai rumah dalam pukul 8 mcm tu terus unload barang2. Sempat gak aku keluarkan buah hati aku si Orange, sian dia 2 hari dalam bilik dia tak keluar2. Lepas dapat keluar as usual dia akan cium n main2 dengan kaki aku. Rindu agaknya...


Dah settle unpack and letak barang2 dlm stor aku gi makan jap dengan housemate aku si Ashraf kat rest. mamak Awana makan nasi putih, sup ekor, telur dadar n sambal belacan. Habis terus balik umah salin seluar and tidurlah apa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan