Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Rabu, 22 April 2009

Selamat Menyambut Hari Tua

Hai! Lamanya aku tak melatih jari jemari aku yg gebu lagi perkasa ni menulis blog, bukan apa lately ni busy sangat dgn tempahan untuk photo shoot, runway lagi... itu x termasuk part time interior designer, maid, ahli mesyuarat tingkap dan lain-lain yang sewaktu dengannya...

So kira aku kena summarykanlah apa yg berlaku ya didalam hidup aku sepanjang 2 ke 3 minggu yg lepas. Tapi nak cerita apa ekk sebab dah lupa ha ha... Semalam birthday aku yg ke 20 + 10 = 21 tahun.

As usual memandangkan semalam hari bekerja so aku x adalah buat apa-apa untuk celebrate. Anyway aku nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan aku yg bersusah payah menghabiskan masa menaip difacebook mengucapkan tahniah serta mendoakan aku supaya panjang umur dan sebagainya... Korang semua terima kasih ya... semoga Allah memberkati hidup korang dan keluarga.


Aku yang paling tinggi sekali and pakai short warna putih tu... hmm terserlah keSupermodelan aku

Malamnya sempat gak keluar gi makan McD, housemate aku Haffiz belanja... (terima kasih Fiz)ramai plak diangkutnya kengkawan dia gi sekali. Aku kira dalam 15 orang ada. Nasib baik dia orang nak nyanyi aku tak kasi kalau tak susah plak aku nak menjawab dengan orang-orang lain yg makan kat situ pasal status umur aku.


Gebu tak dia? Hmm kecil sikit dari dinding tu jer...

Yalah muka aku terlalu muda nak dibandingkan dengan usia sebenar aku, hmm naper mencebik? Tak percaya ke jealous. Sudah!!! malas aku nak melayan manusia-manusia yang tidak mahu menerima kenyataan ni.

Sekarang ni aku tengah busy buat website aku sendiri, yalah sesia ajer aku belajar hari tu kat KL kalau aku tak praktikan. Macam korang aku pun bercita-cita nak hidup senang, yalah cukuplah kalau balance akaun aku 7 atau 8 angka...

Family hall kat rumah dah 60% siap... cantik gaklah. Aku tinggal beli blind and TV cabinet jer... lampu and kipas pun nak kena tukar... hmm mana nak cari sponsor ni... Iyalah kalau boleh dapat free buat apa nak bayar...

Anyway semua yang I ada ni adalah hasil titik peluh I sendiri ya, bukan hasil dari sponsor VVIP. Walaupun filem I tak meletops dipasaran lately and album I tertangguh selama 3 tahun tidak bermakna I tak ada pendapatan lain. Next question please?

Yes you wartawan yang tengah membaca tu... Yes you... apa soalan you tadi?

What JODOH??? I serahkan pada takdir, tapi kalau boleh biarlah dia beriman dan boleh membimbing saya. Lain-lain tu cukuplah kalau dia kaya, berharta, muda dan single. Kalau dia dah berkahwin I tak kisah untuk menguruskan hal-hal perceraian dia... ha ha (iblis sangat statement macam ni kan)


This friday sampai sunday ada training kat NY Hotel, boring gak sebab lama dari pukul 8 pagi sampai 6:30 petang, gila ke apa training lelama macam ni... tapi harap-harap banyak bendalah yang aku dapat nanti. Kalau tidak sesia ajer aku menghabiskan 31.50 jam (10jam 30minit x 3 hari)dari hidup aku untuk training ni.

Tapi dalam kepala hotak aku ni yang aku fikir nak pakai baju apa? Nanti nak makan apa? Sedap ker? Lepas habis training nak merambu kemana? Sempat ker nak shopping?

Alah korang pun samakan, tak payahlan nak pura-pura baik... korang pun 2 X 5 = ?

Apa jawapanya 25? Huhhh dasar !*$%%#&%^&$^&W#%$... (mencarot kononnya)


Kucing aku si Orange ni pun pandai... dia pandai posing jer. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan kelantai kan...

Tak sabarnya nak balik, bosan plak duk opis ni... vacum dah, buat air dah, cuci toilet pun dah... hmm nak main terjun-terjun bangunanlah mesti syok giler...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan