Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Rabu, 29 April 2009

Hari-hari yang berlalu

Salam semua... dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...



Bagi mereka yg bertuah diberi kesempatan untuk menghadiri training ni aku rasa mereka tahu apa yg aku cakapkan. Bagi mereka yang belum pernah menghadiri training ni... semoga Allah memberi kesempatan untuk mereka menghadirkan diri dan menyaksikan kebesaran Allah S.W.T...

Post yg lepas aku bercakap pasal training yg ESQ ni yg aku sendiri tak tahu apa ke bendanya... alhamdulillah aku dpt habiskan 3 hari di New York Hotel (kat Malaysia jer) dengan penuh gaya. Apa yg aku nampak dan rasakan training ni telah berjaya merubah hidup setiap umat yg mahu menerima apa yg disampaikan kepada lebih baik dan membuka pintu kemaafan dan kesyukuran dalam diri ini.

Hr Isnin lepas kengkawan aku celebrate birthday party aku yg ke 21 di opis ni...
meriah gaklah dengan makanan... terima kasih Mummy sebab masakan spaghetti yg sedap sampai Puasa husband Ammy makan dengan banyak sekali. Terima kasih Ida sebab sediakan puding yg wow gitu rasa dia. Terima kasih Ammy sebab prepare air orange squash yg sedapnya mengalahkan rasa fresh orange di Beach Club, Danga Bay... boleh macam tu...

Terima kasih Azham (akulah tu) sebab preparekan salad yg begitu sedap sehingga terpadam semua kesedapan spaggeti, puding dan air oren. Kepada Zue, Fazilah, Kak Nani dan Puasa terima kasih ya kerana memeriahkan dan menghabiskan makanan dengan penuh gaya manusia lapar ha ha ha...


Farrah bukan nama sebenar a.k.a. Mummy - Kakak Tiri berlainan jantina


Kak Nani memang nama sebenar a.k.a. Kuntum


Ammy (baju purple)nama singkatan a.k.a tot'cha. Ada sebab kenapa aku ltk gmbr pandangan belakang... biarlah rahsia

Ida (baju cokelat) nama glamour dia Elle Saab / Donatela. Masih single lagi, Korang nak no tel dia? 016-XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Fazilah memang nama Atuk dia kasi a.k.a Embun. Sedang cuba memecahkan rekod Perempuan Malaysia Paling Gagah di Meja Makan


Zuraihah binti Rahmat nama penuh dia. Apa nak IC dia? Sorry sila tanya dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Beliau sekarang ni masih memegang rekod Perempuan Malaysia Paling Gagah di Meja Makan yg sedang cuba dipecahkan oleh Fazilah


Kawan aku si Aishah (x pakai tudung)a.k.a Kiki Lala plak tak sihat sian dia... Sebelah dia Salihah atau nama glamour dia Bonie M. Benafe sekarang ni sudah selamat mejadi wanita sejati... Tahniah tahniah

Dia org belikan aku men beg... apa hand beg? salah okayyy men beg utk lelaki and hand beg untuk seswatu giteww... bertambah lah plak koleksi men beg aku... susah2 jer korang ni... lain kali belilah lagi ya tp next time make it LV or at least Ferragamo ya... semoga rezeki korang akan lbh diberkati di masa akan datang ya sebab bersedekah untuk aku.... amin...

Semalam birthday boss aku Mr. Soh Lik Kuang... apa lagi kita orang dengan penuh rasa sayang menyanyikan dia lagu rasa sayang ehh!! bukan bukan... lagu happy birthdaylah apa lagi. Korang bayangkan lah kalau dah tekak tekak speaker yg melontarkan suara... kalau sorang takpa ni 5 orang... ada yg macam serunai, ada yg macam trumpet... itu tak termasuk suara macam terompah lagi...

Boss aku punyalah terharu and dia plak yg nak belikan kita orang hadiah... aku tak kisah org kasi aku ambil. Tak kasi aku mintak ha ha ha (ketawa setan yg direjam)... kita org pun ada plan nak belikan dia sesuatu... maybe kondom berduri atau vibrator berkuasa kipas helicopter... he he gurau manja manja burung kedidi jer (ada ke pepatah macam ni) lantaklah nnt aku call Karam Singh Walia...


Iklan aku yg terkini dengan Armani-underwear


Tahun lepas untuk CK


Prada babe - tau ker?


Cover untuk Ferragamo Men's 2009 Campaign... Hmm bangganya aku dengan diri sendiri..


D&G - ko cari yg paling meletops tulah aku

p/s Foto-foto diatas ni semua masa zaman aku busy dgn runaway... dah tak payah korang berangan-angan nak rekomen aku kat sedara mara korang ya... sorry I have no time for all those nonsence he he

Bagi kengkawan yg belum beri hadiah tu... kalau terbuka pintu hati korang nak belikan hadiah tu biarlah ianya Polo T-Shirt ZANG TOI ataupun yg seangkatan dengannya ya... my next collection to grab... Zara and Armani dah banyak so kena tukar selera plak (ishh naper tetiba terberlagak ni) ampun kan aku ya.... aku juga manusia biasa yg bernafsu ha ha...

Kenapa Zang Toi?



Jawapan org baik : Aku hanya menyokong pereka tempatan

Jawapan org berlagak : I dah biasa dengan CK, Armani, D&G, Ferragamo, Prada and etc... sekali sekala tukar selera... harganya pun berpatutan lebih kurang 2k ke 3K jer. Apa salahnya pakai yg berkualiti sikit...

Ingat ini semua harta duniawi...

Zang Toi here come... (nak jugak ni)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan