Ini aku punya cerita
Kalau korang nak baca... bacalah... kalau tak nak, ada aku kesah...

Isnin, 29 Jun 2009

Hari Bahagia

Bila cakap pasal hari bahagia ni mesti korang terbayangkan org main kahwin-kahwin or bersanding kan. Takpun bagi yang suka makan atau nama lain KUAT makan. Nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma or telur pindang tu, ini lah perkara pertama yg akan terpacul kat kepala otak dia yang kecil sikit dari tempurung kepala dia. Kalau dah otak dia lbh besar dr kepala tu nama dia otak-otak tau tak? Apa tak tau!!! Tak tau sudah, jiran ko Saodah...

Hari minggu yang lepas setelah penat merancang satu trip yang agak sensasi lagi memberahikan aku dan kawan-kawan aku Zue and Kak Apit (bukan kuih kepit ya) berjaya juga akhirnya menuju ke bandaraya KL. KL aku datanggggggg!!!!!!!!!!!!!

Nak pergi kali ni banyak gak dugaan yang terpaksa diharungi dengan penuh tabah. Berkat doa kawan2 serta ahli keluarga akhirnya dapat juga kami merealisasikan cita-cita kami (macam ucapan dapat award jer kan)...

We olz bertolak dalam pukul 2 ptng lebih sikit hari Sabtu. Biasalah janji Melayu katakan. Nasib baik aku ni peranakan Bugis campur Bugis. Sblm tu jangan tanya aku apa2 pasal Bugis ya... bahasa, cara hidup dan sebagainya sbb aku mmg tak tahu ha ha... Kita org terpaksa bertolak lewat sbb si Zue ni baru balik gak dr KL mlm Jumaantya so atas dasar simpati dan belas kasihan kita org mengalah untuk bertolak agak lewat sedikit.

Sebenarnya kita org ni yg tumpang kereta dia, ko nak mampus banyak cekadak nak demand bagai bila dah tumpang kereta org. Terima kasih Zue kerana sponsor kereta and menjadi pemandu rally yg berhemah. Korang jgn ingat semua free okay, yg lain tu kita org share sama2. Terima kasih juga kepada Hafiz sbb tolong hantar aku ke Shell sblh Kempas Medical Centre (KMC) dengan IKHLASnya...

Sorry blog ini tidak disponsor oleh Shell atau KMC ya so aku tak akan bercerita panjang pasal dua syarikat ini secara tidak berbayar.

Good afternoon ladies and gentlmen. Saya Azham Rahman Co-Pilot bagi pemandu kereta Capt. Zuraihah.

Traffic dilaporkan agak perlahan di PLUS highway terutamanya menuju ke Kuala Lumpur dari arah Seremban dan suhu diluar kereta adalah dijangkakan 34 darjah celcius dan cuaca dilaporkan panas dan hujan renyai dibeberapa kawasan. Kereta berada pada ketinggian 0 cm dari paras jalan dan meluncur pada kelajuan 100km/jam. Perjalanan dijangkakan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Bukit Bintang dan terima kasih kerana menggunakan Zue Carline dan jumpa anda di masa-masa akan datang. Terima Kasih

Cabin krew (Kak Apit) ready for take off...

Ada chance tak aku nak kerja dengan MAS, alah jadi tukang cakap kat dlm flight tu pun oklah. Please Idris Jala help me... boleh gitu merayu bagai dgn CEO MAS ha ha...

Kita org smpi ke KL lbh kurang pukul 6 and terus parking kereta and cari tmpt untuk stay for that nite. As usual kalau aku mmg cari guest houselah sbb murah and berbaloi. Dengar ajer pasal guest house muka si Zue ni dah berkerut semacam, macam lada kering buat jeruk. Apa ko ingat ko QUEEN macam aku nak duduk hotel 5 star memanjang. Kesian gak tapi sebab nak jimat duit kita orang carilah guest house yang bagus2 utk stay and finally setelah berjalan dan menebalkan muka bertanya-tanya disetiap guest house and budget hotel kami pun berjaya menemukan satu guest house di Egypt (Mesir bagi mereka yg kurang fasih bahasa jawanya).


Gambar ni terpaksa digelapkan bagi melindungi identiti penulis... bukan seperti yg anda sangkakan ya sbb penulis adalah berkulit TAN


Zuraihah Rahmat bukan nama sebenar. Kawan penulis yg berjaya mengharumkan nama Malaysia didalam pertandingan SUKA SANGAT MAKAN International selama 10 tahun berturut-turut dan dijangkakan akan diberikan anugerah title Dato UM, LKIM, HUKM, KLM, PKM, PKR, DAP, BN, PAS dan sebagainya oleh Sultan Kempas


Afizah Abd Samad pengkritik makanan bertauliah dan sehingga kini masih belum berjaya mencipta resepinya sendiri mahupun memasak sebungkus maggi

Harga not bad and very cosy and yg menyambut kami tu sudah tentunya orang Arablah... tp sayang Zue dgn Kak Apit agak kecewa sbb org Arab tu x bape hensem ha ha padan muka korang. Mesti korang tertanya-tanya apahal plak kita org sampai ke Mesir ni. Sebenarnya guest house ni namanya Little Babylon and siap ada patung kepala Firaun2 ok kat pintu masuk kiri kanan... unik enggak (dalam loghat indon)... tak unik??? korang jealous kan sbb tak dapat pergi... ada aku kesah.

Lepas tu terus pi makan and as usual ke Papa Rich cafe yg mmgnya favourite place aku dining kalau ke Bukit Bintang. Kita org order Nasi Ayam, sebagaimana yg aku jangkakan aku sedang bertanding makan bersama 2 orang RATU PERUT dari negeri Johor mmg tidak boleh disangkalkan kegagahan mereka apabila mengendalikan makanan dan segala sudu garpu dan yg seangkatan dengannya. Setiap butir beras berjaya dihabiskan tanpa memandang Mak Mertua yang lalu dibelakang. Ala-ala mengambil kata2 dari iklan beras satu masa yang lampau "Sebutir beras umpama setitis peluh petani". Harus aku tak nak jadi petani padi. Gila ko kalau dah satu bendang tu tak kering badan aku yg mantap ni.

Sebagai penjaga masa yg tidak bertauliah aku telah memastikan kita org habis makan pada 7:15 dan pulang ke bilik masing2 secepat mungkin dan berkumpul kembali untuk ke check point seterusnya. Kelewatan salah seorang peserta akan menyebabkan kumpulan kami tersingkir dan gagal berlibur. Tepat jam 7:40 petang Limosin (taxi)telah berada didepan Little Babylon dan menambah keceriaan kami pemandu kami yg berbangsa kap lam ya nga ini telah membuka alunan muzik yg agak kuat berserta bau2 yg enak dan telah berjaya mengatasi Euphoria Intense aku... hampeh betul.

Nak lagi best driver ni boleh pulak dia yang tanya aku macam mana nak ke KL Live Centre, ko ingat aku ni apa... SUPIRRR. Nasib baik aku ni baik hati and tau gaklah sikit2 pasal kawasan2 maksiat ni ha ha... kami berjaya sampai sblm pukul 8 untuk menyaksikan penyanyi luar negara (Indon dekat jer) Rossa. Terima kasih kepada sponsor kami yg telah mendapatkan 4 tiket VIP yg memudahkan lagi urusan kami. As usualah aku ni kalau tiket biasa mmg aku x nak pergi (berlagak tak aku ni).




Sian btl aku tgk kawan aku ber2 ni, beriya betul nak bergambar kat sini. FYI ini first time dia org pi sini ha ha

Rossa ni mmg best and comel, suara pun not bad. Oklah setakat kalau masuk Malaysian Idol tu dapatlah masuk audition kat hotel2 he he... Persembahan pembukaan oleh Sofas yang slow...



and then barulah Cik Rossa Linda ni nyanyi... ramai gak yg datang... termasuklah ceweks Indon. Pansha (betul ke eja nama dia macam ni) vokalis kumpulan Ungu pun ada duet dgn Rossa. Ramai gak mamat2 poyor yg mengedik nak joget or nyanyi dgn Rossa kat atas stage. Tak ada kelass langsung, kalau aku jd GF dia org confirm aku sembunyi muka aku dalam skirt Rossa ha ha...


Sekali tengok macam drag queen show pun ya


Ada tak macam persembahan kanak2 Tabika KEBAS kaki

Dpt tiket VIP ni mmg best sbb masukan pun ada own express way, siap dapat free flow of foods and drinks so jimat duit aku. Duta besar Indon ke Malaysia pun ada gak siap datang satu rombongan keluarga dia termasuk maid dia. Aku benda lain aku tak tengok sangat... tapi blink2 kat telinga dan rantai wife dia yg penuh dgn diamond berkarat-karat. Juling gak mata aku terkena pantulan cahaya dr diamond Puan Sri. Oklah enough about konsert Rossa sbb ini blog aku bukan blog Rossa ya.

Nak mengepoh sekejap :

Wartawan : Betul ke Rossa ni sudah menjanda?
Rossa : Betul, next question please...

Kita senasib Kak Rossa... betul tak Halida Salleh.


Roses among the THORN


Muka dia org ber2 lagi... ish ish ish


Eh! Supermodel ni pun ada tengok mini konsert Rossa

Habis terus kita orang ambil cab and ke Starbucks Bukit Bintang Plaza. Minum2, makan2, mengumpat, mencerca, mengeji, menspekulasi dan tidak kurang juga hal2 ilmiah berjaya didebatkan tanpa rasa segan silu. Jam 1 lbh gak sesi perdebatan ditutup dan pemenangngya adalah kumpulan dari pelancong arab meja sebelah. Bengang punya pasal terus balik ke bilik and apa lagi tidurlah takanlah balik bilik pi tanam sayur or cari kutu.


Zue membuktikan kebolehanya


Agak2 jam siapa paling mahal.
A. Jam yg tengah
B. Jam yg tengah
C. Jam yg tengah

Esok pepagi lagi aku dah mandi and then tepat 10 pg aku dah terpacak kat dpn butik Zang Toi di Lot 10. Kakak yg jaga tu pun terkejut tgk aku pepagi buta dah gi butik tu. Boleh ke dia kata biasanya org perempuan jer yg gi butik time2 macam tu. Hello habis tu u ingat I ni apa? He he tp kakak ni baik so tak adalah menyinggah barang sekeping atau dua penampar kat muka dia aku hadiahkan. Seperti yang aku impi-impikan aku tlh berjaya membeli 2 helai shirt Zang Toi.



Bagi rakyat biasa tu Zang Toi adalah utk orang yang ada2 ajer ok, bagi pengumpul baju bundle iklan ini tidak sesuai untuk tatapan anda... ahakssss... kesian Zue and Kak Apit yg terkandas dibilik and tak dapat join aku membeli belah... bukan apa aku ingatkan dia orang ni tak bangun tidur lagi. Almaklumlah perempuan moden zaman paleolitik ni makan dan tidur adalah hobi dia org.


Zue mengubati hatinya yg lara...

Destinasi seterusnya adalah kerumah Kak Fidah yg betul betul menyambut hari bahagia dia disamping suami tersayang.


Tahniah... akhirnya kini pasti ku MERASAI (lagu Kak Nita - You GO GIRLZ)

Habis makan and tumpang buang air kecil kat umah Kak Fida terus cabut ke Damansara nak gi IKEA... Zue borong sakan kat sana. Nasib baiklah kena bayar kalau free aku tak tau macam mana reaksi kawan aku sorang ni, harus gila meroyan dia berebut barang2 dgn aku.



Habis ke IKEA terus ke KLCC nak dinner kat Chilis, sedap tu makanan kat rest. ni... banyak pun banyak sampai terpaksa tapau side order yg kononnya Zue nak belanja kita org. Last2 dia bawa balik makan sendiri kat umah. Vencilah buruk siku...sblm tu kat IKEA si Zue dan Kak Apit ni sempat lagi tapau chicken wings... korang rasa dia orang ni apa?

a) SUKA makan
b) KUAT makan
c) merendah diri
d) senang hati





Satu benda jer yg aku geram dgn budak 2 orang ni... ada ke dia tak kasi aku gi shopping kat ZARA KLCC... ada sale plak masa tu... Tak dapat masuk, aku jengah dari luar pun oklah. Lepas gian orang kata.


Ada rahasia disebalik paper beg ini, ha ha balas dendam kat Zue sbb ko x kasi aku gi ZARA

Dah habis kat KLCC terus bertolak balik ke JB. Dlm perjalanan balik tu plak phone aku plak battery weak, ditambah kredit yang dah cedus. Nasib baik ada Afizah Telecommunication yg sponsor aku secara telekomunikasi dan khidmat sosial. Terima kasih kepada En. Khairudin Kadis dan En. Hamdan Warno (dua-dua anak orang Jawa... ahaks) kerana pick up aku kat Shell.

Memandangkan Zue dulu pernah bercita-cita nak jadi pemandu wanita F1 pertama dunia tp tidak kesampaian disebabkan tiada ruangan untuk meletakan makanan didalam kereta F1 tu... kami berjaya sampai ke JB dlm masa lbh kurang 2.30 jam jer dengan selamat. Didalam perjalanan balik perdebatan dan sesi luahan perasaan dijalankan dengan sukses dan sebagai panel bebas, kebebasan media mmg berlaku di Malaysia ya...

Banyak lagi aksi-aksi menarik yg akan dikongsikan dipenerbitan akan datang. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan